Kebanyakan kita kini sudah mampu untuk memilik kamera digital. Yang tidak mempunyai kamera digital boleh mengambil gambar menggunakan telefon bimbit. Namun, kadang-kadang gambar yang kita ambil itu "hilang" begitu sahaja. Adalah lebih baik jika gambar-gambar itu disimpan dan dikongsi dengan orang lain.Kita boleh berkongsi gambar-gambar milik kita dengan pelajar, rakan atau keluarga tanpa perlu memindahnya ke CD atau 'pendrive'.

Flickr (produk Yahoo!) amat sesuai untuk berkongsi foto. Anda cuma perlu mendaftar untuk mendapat akaun percuma (itupun jika anda belum mempunyai akaun Yahoo!). Anda boleh menetapkan sesebuah album anda itu 'public' (untuk tatapan umum) atau 'private' (untuk peribadi sahaja) tetapi anda boleh meletakkan pautan pelawat iaitu khas untuk orang-orang yang anda pilih untuk melihat foto-foto anda. Lihat akaun Flickr.



